it's MY posterous!

Doa 'POWER' Seorang Isteri

Doa 'POWER' Seorang Isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


OST Enchanted - So Close

(download)

nice, soothing song..

Awie - Bersumpah dengan Langit

(download)

Theme Song Habil Qabil

D'Masiv - Jangan Menyerah

(download)

Faizal Tahir, Faisal Ismail dan Shahir - Tiba

(download)

TEMPE BERSENGIT

Sumber: Hajjah Saodah Bte Mohd Salleh

Bahan-bahannya
12 keping tempe
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
2 atau 3 sudu makan lada boh
3 sudu makan rempah kari daging
1 batang serai, dititek
1 jari lengkuas, dititek
1 keping asam gelugur
2 genggam bawang goreng

(bahan dibawah dikisar)
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
4 biji buah keras

Cara-caranya
Tumis bahan kisar, lada boh, rempah kari, serai dan lengkuas sehingga naik aromanya. Masukkan santan dan asam.. Kacau rata dan didihkan sehingga rempahnya sebati. Taburkan sedikit garam dan masukkan tempe. Bila rempahnya pekat sedikit balekkan tempenya. Masak lagi sehingga rempahnya pekat lagi dan balekkna tempenya sekali lagi. Apabila rempahnya pekat, matikan api. Semasa menghidang taburkan bawang goreng. Tempenya tidak boleh dibalek-balekkan selalau, sebab ia lembut dan mudah pecah. Cukup setakan membalekkannya dua kali.

Kuih-muih

Resepi Buah Melaka


Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
Jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka(parutkan)
1/2 biji kelapa muda parut.
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi.
5. Bila kueh timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam dan hidangkan.


Resepi Kueh Sagu


Bahan-Bahan:
Bahan A:
Sagu
Air (ikut sukatan sendiri)
Pewarna merah atau hijau.
Gula (agak2 manis)

Bahan B:
Kelapa parut putih sahaja (letak sedikit garam)

Cara menyediakan:
1. Sagu dibersihkan dan ditoskan air
2. Masukkan sagu dalam kuali bersama dgn air, gula dan nyalakan api.
3. Kacau sehingga sagu likat atau kental.
4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan sebelum disimpan di dalam peti ais.

Cadangan Hidangan:
Potong dan gaulkan dengan kelapa.

 

Kuih Vadeh

- daripada pelbagai sumber: resipi.net, my resipi n kasihkualrayyan.blogspot.com



Resepi Pertama

Bahan-bahan ( 20 ketul )

  • 500g kacang dhal - rendam 2 jam
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih - blender halus
  • 2 tangkai cili hijau - potong bulat
  • 2 tangkap cili kering - potong nipis
  • 2 tangkai daun kari - potong nipis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Kacang dhal yang direndam biasanya akan kembang 2 kali ganda dan lembut. Ambil kacang dhal dan blender guna pengisar kering (jgn tambah air)

  2. Tambahkan bawang, bawang putih, cili hijau, cili kering dan garam - gaul rata & sebati.

  3. Kepalkan adunan yang siap diadun, goreng dalam minyak penuh (tenggelam)

  4. nota 1: minyak biar panas & api sedikit besar (tapi kena kontrol la jangan sampai hangit)

  5. nota 2: kalau adunan terlalu kering - masukkan sedikit air supaya ia tidak peroi / pecah.

Resepi Kedua

bahan

2 gengam kacang dal - rendam semalaman
cili kering - 2 tangkai dicincang halus
daun kari - 1 tangkai or ikot suke.. kl gemor daun kari, letak sepokok pn tkde org nk marah :P
1/2 bawang besar - potong dadu
serbuk kari - optional.. nk taruk okeh, tk taruk pn okeh..
garam secukup rasa

cara

kacang dal yg dh direndam, bahagikan pada 2 bahagian.. yg satu tue, blender dgn kuantiti air yg sedikit.. pastu satukan kacang dal yg diblender dgn kacang dal **biji**, daun kari, cili kering, bawang besar and garam..

bentukkan dan goreng!! 

Resepi Ketiga

Bahan

1 kg kacang dhal 
15 tangkai cili kering 
10 ulas bawang merah ~ 2 ulas dikisar 8 ulas dimayang (blh gantikan dengan bwg besar ~ didadu)
2 ulas bawang puteh
1 cm halia
sedikit jintan puteh
sedikit belacan 
Sedikit air (jika perlu)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ajinomoto (optional)
Daun kari ~ dihiris halus
Minyak untuk menggoreng 

 Cara2nya

1. Kacang dal direndam semalaman. (aku rendam 3 jam aje). Toskan. Kisarkan hingga hancur. (MaDiHa kisar separa hancur.. kisar guna pengisar kering tu yerr.. )
2. Kisar (MaDiHa tumbuk.. sebab takut berair sangat) cili kering (ku ganti cili hijau + cili padi), 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia, ,jintan puteh dan belacan dengan sedikit air.
3. Gaulkan kacang dhal kisar dengan bahan2 kisar/tumbuk tadi dengan daun kari & bawang merah mayang (ku ganti ngan bwg besar dadu). Masukan garam dan serbuk perasa & gaul rata.
4. Ambil sedikit adunan & kepalkan menjadi bentuk leper. Gorengkan hingga garing. Toskan dan sedia untuk dihidang.

BAHULU TRADISI MELAYU

Bahan-Bahan:

semangkuk telur ayam (sederhana besar)
semangkuk gula pasir
setengah kilo tepung gandum
sedikit minyak masak
acuan kuih bahulu atau kuih cara 
Goreng tepung sampai masak.
Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan.
Ini agar kuih jadi ringan.

Cara:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
Bakar sehingga masak.

Berani Mengaku Kesalahan – Puncak Tertinggi Taubat

 

Berdasar sedikit pengalaman hidup, sebenarnya tidak mudah bagi kebanyakan orang untuk mengaku kesalahan yang dilakukan. Sama ada kesalahan itu dengan manusia atau kesalahan itu dengan Allah swt. Sebab itu antara akhlak terpuji yang diajar oleh seorang guru kepada muridnya atau seorang bapa terhadap anaknya ialah berani mengakui kesalahan.

 

Berani mengaku kesalahan mempunyai kedudukan yang mulia dalam Islam. Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

 
“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku dengan dosanya kemudian bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya”. (hadis riwayat Bukhori, Muslim dan Ahmad).

Bahkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai
“penghulu istighfar” terdapat lafaz pengakuan hamba kepada Allah swt mengenai dosa yang dilakukan dan kemudian barulah diikuti dengan memohon keampunan daripada Allah swt.
 
Oleh kerana mengakui kesalahan itu sukar, marilah kita mula berlatih mengakui kesalahan kita samada kesalahan dengan makhluk atau kesalahan dengan Allah swt. jika kesalahan dgn makhluk, ada dua keadaan:
 
1) Kesalahan berhubung dengan darah seperti mencederakan, atau berhubung denga harta seperti mencuri. Ia perlu diselesaikan dengan makhluk tersebut seperti memohon kemaafan dan memulangkan harta yang dicuri dengan cara yang paling bijaksana agar tidak menimbulkan kerosakan baru.
 
2) Kesalahan seperti mengumpat dan fitnah. Beberapa ulama seperti Imam Syafi’ie mensyaratkan supaya meminta maaf daripada orang yang diumpat atau difitnah. Namun Ibnu Qayyim mentarjih pandangan yang mengatakan tidak perlu minta maaf secara terus kepada orang yang diumpat atau difitnah kerana ditakuti akan menimbulkan kerosakan baru. (seperti putusnya silaturrahim).
 
Namun, si “pelaku kesalahan” perlu memperbaiki umpatan atau fitnah yang dilakukan dengan menceritakan kebaikan orang tersebut bagi menutup umpatan/fitnah yang telah dibuat, memohon istighfar untuk orang tersebut pada kadar dosa mengumpat/fitnah yang dilakukan dan melakukan kebaikan bagi pihak orang yg diumpat/fitnah, juga sebagai jalan untuk membersihkan kesalahannya. Selepas itu barulah disertai dengan taubat kepada Allah terhadap kesalahannya mengumpat/fitnah terhadap orang tersebut.
 
Dengan demikian hubungan si pelaku kesalahan dengan orang yg diumpat/fitnah kekal baik dan ini menepati maqasid syarak.
 
Penulis sendiri cenderung kepada pandangan Ibnu Qayyim dalam masalah ini.
 
Wallahu A’lam. Moga kita semua berjaya. Ameen.
 
Oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin


 
 Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. -  Riwayat At-Tirmidzi
112
To Posterous, Love Metalab